About Us

Bagi memastikan penambah baikan Masjid E Siddiquiya berjalan lancar dan kemas, para pelajar membantu ahli jawatankuasa masjid untuk sama-sama mengutip infaq yang diberi daripada pelbagai pihak. Masjid ini terletak kurang daripada 1km daripada kediaman para pelajar dan menjadi tumpuan kami untuk menjalankan aktiviti kerohanian bersama penduduk tempatan.

Usaha ini adalah usaha sukarela para pelajar perubatan dan pergigian Malaysia di Davangere serta para pelajar lain di beberapa lokaliti di India.


Para pelajar Davangere terdiri daripada pelajar jurusan perubatan dan pergigian yang telah memulakan sesi pelajaran sejak tahun 2008 di tiga buah kolej iaitu Jagadguru Jayadeva Murugarajendra Medical College (JJMC) sebuah institusi menawarkan bidang perubatan kepada pelajar, serta dua buah institusi bidang pergigian Bapuji Dental College and Hospital (BDCH) dan College Of Dental Science (CODS). Tempoh pengajian untuk bidang perubatan adalah selama 5 tahun setengah manakala untuk bidang pergigian adalah selama 4 setengah tahun. Majoriti pelajar adalah beragama islam dan bergiat aktif dalam aktivii jemaah yang dianjurkan masjid.

Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi kami melalui:


1. Emel: dvgmasjidinfaq@gmail.com

2. https://www.facebook.com/dvgmasjidinfaq

3. Syafiq Haziq - Mobile: +919902574575 (India), +60133157585

4. Mohd Amirul Asyraf - Mobile: +601116459393










No comments:

Post a Comment