Wednesday 7 May 2014

LATAR BELAKANG MASJID E SIDDIQUIYA

BACKGROUND




Masjid E Siddiquiya yang terletak di daerah Davangere, Karnataka ini merupakan sebuah masjid yang telah berusia hampir 18 tahun dan adalah antara masjid utama umat Islam di daerah ini. Ia telah mula dibina pada tahun 1996 atas usaha penduduk tempatan dan mula berfungsi pada bulan Ramadhan tahun tersebut. 

E Siddiquiya Mosque is located in the District of Devangere, Kartanaka. This mosque was almost 18 years old and it is one of the main mosques for the Muslims in this area. It was first built in 1996 on the efforts of locals and began functioning in the Ramadhan during the same year.



Masjid yang merupakan pusat aktiviti masyarakat setempat ini pada asalnya hanya berukuran lebih kurang 30 x 40 kaki persegi dan terletak di antara tiga buah kawasan penempatan iaitu Vinobagar, Najalinga layout dan MCC A Block yang menampung kira-kira 3000 umat Islam. Dianggarkan setiap kali solat fardu seramai 120-150 orang jemaah akan turut serta hadir ke masjid ini menunaikan kewajipan mereka. Jumlah jemaah yang hadir biasanya akan bertambah pada bulan Ramadhan dan hari-hari kebesaran Islam seperti eid ul-fitri dan eid al-adha sehingga memenuhi setiap penjuru masjid. Hal ini kerana ramai kerabat dan ahli keluarga penduduk setempat akan pulang untuk bersama keluarga mereka.

The mosque is also functioning as a hub for the locals was originally only approximately 30x40 square feet and it is located between the three residential areas which is Vinobagar, Najalinga layout and MCC A Block that accommodate about 3,000 Muslims. It is estimated that every time of fardhu prayers, total of 120-150 Muslims will come to the mosque to meet their obligations. The number of congregations will increase during Ramadan and the Islam’s days of greatness such as Eid Ul-Fitri and Eid Al-Adha up to meet each of the corners of the mosque. This is because many relatives and family members of the locals are returning home to be with their families.



Masjid ini diselenggarakan secara sukarela oleh Taiveed-Ul-Quran Educational Trust, sebuah pertubuhan penduduk tempatan yang terdiri daripada 9 orang ahli jawatankuasa, yang bertanggungjawab untuk memastikan masjid sentiasa dalam keadaan baik selain mengumpul dan menjaga hal-hal kewangan masjid. Sumber kewangan utama masjid ini hanyalah daripada infaq dan kutipan pada setiap hari jumaat. Hasil kutipan bulanan yang diperoleh daripada orang ramai itu biasanya akan digunakan untuk aktiviti penyelenggaraan masjid serta sebahagiannya diperuntukkan untuk elaun kepada imam dan muazzin yang bertugas.

The mosque is maintained voluntarily by the Taiveed-Ul-Quran Educational Trust, an organization of locals made up of 9 members of the committee that is responsible for ensuring that the mosque is always in good condition apart from collecting and keeping the financial affairs of the mosque. The mosque’s main source of income is from an infaq and the collection on every Friday. The monthly collections earned from the public are usually used for the maintenance of the mosque and partially assigned for an allowance to the imam and muazzin on duty.



Masjid ini juga menjadi tumpuan utama pelajar Malaysia dan beberapa pelajar dari negara lain yang belajar dalam bidang perubatan dan pergigian di daerah Davangere ini. 

The mosque also has been a main focus for Malaysian students and some students from other countries who are studying in medicine and dentistry in Davangere.

No comments:

Post a Comment